ACA Ultimatum to Datuk Seri Anwar Ibrahim?

Lebih kurang pada pukul 12 petang tadi, saya terima telefon daripada Pn Chua Lay Choo dari BPR putrajaya.

Saya dimaklumkan bahawa En. Salzali bin Salbi, Ketua Cawangan Tindakan Khas selaku Penolong Pesuruhjaya, BPR Putrajaya ingin membuat temujanji dengan DSAI. Apabila ditanya bila? Pn Chua dengan segera jawab pada hari ini juga. Apabila ditanya sebab temujanji, pegawai BPR kedengaran tidak berhasrat memberi sebab sebenar. Dengan demikian, secara “tidak berhasrat” juga saya jawab kena minta persetujuan DSAI dahulu.

Bila saya hubungi DSAI, beliau bersetuju menemui mereka, cuma pada masa itu, beliau sedang sibuk dengan persiapan rumah terbuka di Cherok To’ Kun.

Selepas makan tengahari, saya hubungi Pn Chua untuk memaklumkan masa temujanji. Pn Chua sekali lagi menekankan temujanji pada hari ini juga. Saya mengesyaki sesuatu yang tidak kena.  Sekali lagi tanya sebab pertemuan. Pn Chua cuba elakkan soalan. Selepas  berkali-kali tanya, beliau hanya jawab berkenaan Pita VK Lingam.

Akhir sekali, saya cuba tanya adakah pihak BPR akan memberi ultimatum seperti yand diberikan kepada saya? Beliau membisu.

Temujanji akhirnya ditetapkan pada hari Isnin pada 11 pagi di Pejabat DSAI.

2 Responses to ACA Ultimatum to Datuk Seri Anwar Ibrahim?

  1. ACA is holding on to the ABC moto introduced by TDM – Ampu, Bodek and Cucuk instead of Amanah, Bersih and Cekap.

  2. Our ACA is really hopeless… it defeats the purpose of having ACA where most of the time they are one of the government arms to protect certain individuals…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s